0
|
NEWS
Kepentingan
transformasi dalam pengurusan modal insan
30
March 2011
Kuala
Lumpur | Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal
Insan” kali ke-2 yang telah dianjurkan oleh Comfori Sdb
Bhd di Istana Hotel pada 15 & 16 Mac yang lalu telah dirasmikan
sekali lagi oleh YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan
Menteri, Kementerian Sumber Manusia.
PERSIDANGAN TAHUNAN KECEMERLANGAN PENGURUSAN MODAL
INSAN
PHOTO OF EVENT COURTESY OF COMFORI
Berucap di hari pertama persidangan yang dihadiri lebih kurang
120 delegasi ini, YB Dato’ telah menekankan kepentingan
transformasi dalam pengurusan modal insan setiap organisasi –
agensi kerajaan mahupun swasta demi menjayakan matlamat transformasi
negara maju.
Persidangan ini turut dibarisi oleh panel speaker jemputan yang
sangat dinamik dalam bidang pengurusan modal insan, iaitu:
-
Y.Bhg Dato’ Dr. Mohd Shukor Hj Mahfar Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
-
Dr. Balan Dass Timbalan Presiden Malaysian Institute of Human
Resource Management (MIHRM)
-
Tuan Haji Ab Razak bin Omar Pengarah, Business Excellence Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC)
-
Puan Lok Yim Pheng Setiausaha Agong Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
-
Cik Raja Azura Raja Mahayuddin Executive Vice President, Human
Capital Division Malaysia Airlines Berhad
-
Dr Goh Chee Leong Naib Presiden HELP University College
-
Puan Hasnah binti Ismail Director, Group Human Resource Division
Kuwait Finance House (bekas Pengerusi PSMB)
Melihat
kepada kejayaan persidangan kali pertama yang dianjurkan tahun
lepas, persidangan tahunan kali ini mendapat sokongan daripada
Kementerian Sumber Manusia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Persatuan
Pekerja Bank Nasional (NUBE) termasuklah HR Asia dan HR Matters
sebagai rakan media rasmi.

PERSIDANGAN
TAHUNAN KECEMERLANGAN PENGURUSAN MODAL INSAN
PHOTOS OF EVENT COURTESY OF COMFORI
Persidangan tahunan yang dianjurkan untuk kali kedua ini akan
memfokuskan kepada aspek mentransformasikan pengurusan modal insan
negara kepada lebih efisyen, kreatif, dan sebagai penyumbang kepada
kejayaan dan keuntungan organisasi secara langsung mahupun tidak
langsung.
Antara isu yang diberikan penekanan adalah pengurusan bakat dan
latihan & pembangunan sebagai teras usaha transformasi. Kedua-dua
isu ini telah dikupas secara mendalam secara interaktif melalui
sesi roundtable discussions yang juga telah memberi additional
value kepada delegasi dan speaker dalam penyediaan platform perbincangan
bagi mengupas isu-isu semasa dan membentuk strategi berkesan.
Antara isu lain yang telah diberikan penekanan kali ini adalah:
1. Perkembangan semasa polisi, prosedur dan akta-akta berkaitan
penggajian dan cukai bagi tujuan pengingkatan kualiti pengurusan
modal insan.
2. Strategi perancangan transformasi perekrutan modal insan
3. Memahami cabaran pengurusan modal insan semasa dalam merancang
transformasi & pengurusan perubahan (change management)
4. Pendekatan Strategi Pengurusan Holistik: Transformasi Jabatan
Pengurusan Modal Insan Negara Maju
5. Strategi Effektif Proses Penilaian Modal Insan ke Arah Peningkatan
Kecemerlangan Organisasi
Seperti yang dipetik daripada ucapan YAB Dato Seri Najib bin Tun
Razak, Perdana Menteri, “Negara yang tidak mempunyai sumber
asli tetapi bijak mengurus modal insan akan mencapai kejayaan
lebih baik dari negara yang semata-mata bergantung kepada sumber
aslinya,” kejayaan persidangan pengurusan modal insan kali
kedua ini adalah di atas sokongan dan kerjasama semua pihak. Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan oleh pihak penganjur kepada semua pihak
yang bekerjasama untuk menjayakan persidangan ini.
|

|
|
|